Apa itu Morhabshi?
Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:
Resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik.
Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno,myrrh dinilai
lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu.
Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup
bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja
Nero,iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada
pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.
Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi
Oleh
kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah
dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan
individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi
mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya
mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan
glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.
Tindakan
mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya
menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.
Morhabshi dalam Perubatan Tradisional
Dipercayai
resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu
melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika
itu menguasai istana dan golongan bangsawan.
Berdasarkan
pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampur
bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga
(bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu,
lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan
pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta
sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.
Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).
Bagi
yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak
kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah
menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat
perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.
Pengasas Minyak Herba Morhabshi
Beliau adalah Ustaz Dr. (H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah.
Selain
ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan
alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran),
perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah
perubatan homeopathy.
Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.
Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan tradisional dan sebuah buku rawatan Homeopathy.
Kitab
"Al-Tabib Walhikmah" karangan beliau mengandungi petua-petua,
ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai
kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan.
Buku
rawatan homeopathy pula mengandungi ramuan-ramuan berasaskan homeopathy
berdasarkan praktis beliau sebagai Doktor Homeopathy dan pengalaman
bersama DR. Azizan (pengasas Era Edar).
Insya-Allah, kami akan muatkan isi kandungan kitab-kitab tersebut dalam blog ini dari semasa ke semasa.
Rujukan
Al-Awadi
FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an
antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM) , Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi



No comments:
Post a Comment